Military of Malaysia

Monday, March 1, 2010

PERHIMPUNAN BLOGGER

    Satu perhimpunan blogger-blogger (semua pun geng saya juga) akan diadakan pada 6 Mac ini di Commonwealth Forest Park and Resort di Rawang pada jam 3 hingga 6 petang.
    Maklumat mengenai markas musuh yang akan digempur berada di laman http://cfpresort.com/.
    Anda semua dijemput datang...saya mungkin akan datang kerana amat meminati blogger-blogger handalan ini seperti pengacara TV popular Mazidul (mazidulakmal.blogspot.com), Sam (ondscene.blogspot.com), Hezrey (bapak-gulagula.blogspot.com) dan ramai lagi.
    Datanglah untuk memberikan sokongan kepada geng-geng saya di atas ini,  erkkkk, saya jika ada duit barang lima atau sepuluh ringgit, lepas duit minyak dan rokok, akan datanglah juga.
   

Friday, February 12, 2010

TAMBAHAN MAKLUMAT KEPADA KEROSAKKAN ENJIN JET SUKHOI


Gambar enjin jet Sukhoi, perhatian thrust vector enjin terbabit

  
    1. Terimakasih kepada sahabat saya, Rozimal dari Parti Keadilan Nasional kerana mengingatkan saya mengenai isu "kehilangan" dua buah jet enjin Su-30 MKM pada tahun 2007 lepas.

    2. Isu "kehilangan" enjin Sukhoi itu bagaimanapun tidaklah sama dengan penyeludupan keluar dua buah enjin jet F-5E Tiger Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang baru-baru ini dikesan berlaku di Uruguay.

    3. Dua enjin jet Sukhoi jenis NPO Saturn AL-31FP mengalami kerosakan teruk akibat kemasukan objek luar.

    4. Kemasukan objek luar ke dalam enjin menyebabkan enjin jet pesawat terbabit mengalami kerosakkan yang sangat teruk dan pesawat yang mengalaminya tidak dapat terbang.

    5. Sebenarnya saya sudah mengetahui cerita mengenai kerosakkan enjin jet ini pada 2007 yang lalu, jadi di sini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya tahu tetapi ia mungkin tidak beberapa tepat.

    6. Umum kita tahu enjin jet Sukhoi ini mempunyai kuasa sedutan yang sangat kuat sehingga batu pun boleh terbang masuk ke dalam enjin.

    7. Landasan atau "Runaway" pengkalan TUDM di Gong Kedak dibuat oleh kontraktor tempatan tetapi saya difahamkan syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan landasan kapal terbang.

    8. Akibatnya landasan yang dibina tidak menepati kualiti yang baik, merekah dan keluar serpihan batu atau konkrit yang akhirnya menyebabkan enjin jet bernilai jutaan ringgit itu rosak teruk.

    9. Masalah kerosakkan enjin jet akibat kemasukan objek luar tidak pernah berlaku di pengkalan TUDM yang lain seperti di Kuantan atau Butterworth.

    10.Pesawat terbabit hanya satu tetapi umum mengetahui Sukhoi menggunakan dua enjin.

    11.Kejadian itu berlaku ketika pertama kali jet Sukhoi mendarat di pengkalan tersebut.

    12.Akibat dari kejadian itu, sejumlah RM200 juta terpaksa dihabiskan untuk membaiki mutu landasan dan struktur lain di pengkalan itu.

    13.Saya secara peribadi berpendapat, SPRM sepatutnya membuka buku kes terhadap pembinaan lapangan terbang di Gong Kedak jika kontraktor yang dipertanggungjawabkan mempunyai kaitan dengan salah guna kuasa seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan ketika itu tetapi sekarang sudah pencen.

    DIBAWAH INI MERUPAKAN PETIKAN AKHBAR MALAY MAIL MENGENAI INSIDEN KEROSAKKAN JET ENJIN ITU

    Two more RMAF jet engines 'lost'
    Tuesday, February 2nd, 2010 13:33:00

PETALING JAYA: Two more fighter jet engines were "lost" by the Royal Malaysian Air Force (RMAF) in 2007, apart from the two F5 engines that were stolen from its Sungai Besi air base.

The other two engines "lost" belonged to a newly-delivered Sukhoi Su-30MKM Multi Role Combat Aircraft (MRCA). The aircraft suffered "foreign object damage" (FOD), as it goes in air force lingo, after its engines sucked in stones and other objects as it landed in June 2007.

Sources said the two NPO Saturn AL-31FP engines were scrapped after suffering "catastrophic damage" when the brand-new Sukhoi jet landed on the runway at the Gong Kedak air base in Kelantan.

However, RMAF chief Datuk Seri Rodzali Daud told The Malay Mail at Parliament recently that the engines were not scrapped but sent for repair.

He declined to elaborate, but did say that FOD was a normal occurrence in fighter jet operations. If the engines could be repaired, they would have been sent back to the Russian manufacturer, NPO Saturn.

Although the Sukhoi planes were equipped with titanium mesh doors that swing down over the air intake to protect the engines from FOD, the feature only worked during take-off and slow taxiing, not during landing.

Local defence industry sources who confirmed that the damaged engines were "lost" said it was difficult to estimate the cost of a brand new AL-31FP engine. The Sukhois cost the country RM155 million each and the government purchased 18 Su-30MKM from Russia in May 2003 at a cost of RM3.42 billion.

The Malay Mail learnt that the aircraft in the FOD incident was not grounded for long as the RMAF, as with other air forces, had procured spare engines for its Sukhoi fleet.

The sources said the Sukhoi was one of five fighter jets delivered in batches from May 2007.

These were transported from Russia to the Subang airbase in Antonov An-124 transport planes and re-assembled for trials before being handed over to the RMAF.

It is learnt that the damaged Sukhoi jet was flown by a Sukhoi Design Bureau test crew when the incident occurred, and that RMAF had initially demanded that the Russian company replaces the two engines.

However, Sukhoi refused on grounds that the test crew was only following the orders of RMAF officials to land at the Gong Kedak air base. The runway had been cleared for other RMAF aircraft such as the Hercules C-130 but at that point, the Sukhois had yet to be given the greenlight to land.

The Gong Kedak base had undergone massive re-development to host the new MRCA squadron.

More than RM200 million was spent to re-develop the air base, which now boasts an extended runway and new facilities, including hardened aircraft shelters for the Sukhoi squadron.

Although the incident was a clear violation of RMAF standing orders, no one has been hauled up over the loss of the two engines.

The Sukhoi made its public debut in the country at the 2007  Merdeka Day parade and the jets also took part in the Langkawi International Maritime and Aerospace show in December that year.
END

KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM

NOTA PENULIS : BERIKUT MERUPAKAN BERITA DARI BERNAMA YANG MELAPORKAN KEROSAKKAN BERPUNCA DARI MASALAH TEKNIKAL YANG BERLAKU PADA 17 JAN 2010 DAN PIHAK KEMENTERIAN PERTAHANAN TIDAK MENYEMBUNYIKAN CERITA INI LANGSUNG.


SEDANGKAN ADA AHLI POLITIK YANG MENYEBARKAN TOHMAHAN PADA OKTOBER 2009  BAHAWA KAPAL SELAM INI MEMANG LANGSUNG TIDAK BOLEH MENYELAM DAN PIHAK KERAJAAN DIDAKWA MENYEMBUNYIKAN FAKTA ITU.


MASALAH TEKNIKAL PASTI AKAN BERLAKU KERANA IA TIDAK SEMPURNA HASIL DARI KERJA TANGAN MANUSIA.

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Panglima Tentera Laut Jen Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam.

Beliau berkata kerosakan mekanikal itu dikesan pada 17 Jan lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk yang menyebabkan kapal itu gagal untuk dilancarkan ke bawah permukaan air," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Anggota Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris Rabu yang melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Abdul Aziz berkata berikutan kerosakan itu,kapal selam yang tiba secara rasmi di perairan negara pada 3 Sept tahun lepas dinasihat untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

"Kerosakkan itu hanyalah kerosakan kecil dan kini sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik, alat gantinya sudah diperoleh dan kerja menyelenggara sedang dilakukan," katanya.

Abdul Aziz berkata KD Tunku Abdul Rahman turut mengalami kerosakan sebelum Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) akhir tahun lepas yang melibatkan kerosakan kecil di bahagian sistem penyejuk air laut.

"Kerosakan yang dialami tidak mengganggu sistem utama kapal selam itu, bagaimanapun kami tetap memandang serius perkara itu," katanya.

Beliau berkata kontraktor yang dilantik memberi jaminan ia akan pulih minggu depan dan sebaik selesai, kapal itu akan memulakan latihan ujian perairan tropika pada 18 Feb ini.

KD Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api itu, mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

nota penulis : Nak repair kapal bukan macam nak baiki enjin kereta. Berbulan lamanya kapal selam Malaysia dibuat ujian selaman sebelum ini tetapi itu di negara luar. Masuk bulan Feb, belum sampai enam bulan kapal selam berada di laut tropika. Kapal selam Singapura, Australia dari kelas Collins sendiri mengalami pelbagai masalah. 


Yakinlah pada diri sendiri...anak-anak muda kita dalam angkatan laut mampu mengatasi masalah ini. Lagipun Scorpene ini buatan orang puteh, kalau kapal selam ini dibuat oleh tangan anak-anak Malaysia, Insya Allah, susah nak jumpa defect. Yakinlah, satu hari nanti orang puteh akan beli kapal-kapal yang dihasilkan oleh anak tempatan negara ini.

Friday, February 5, 2010

BERBALOIKAH MALAYSIA BELI KAPAL SELAM ATAU PATUT TAMBAH KAPAL PERANG LAGI

1. Artikel ini dibuat sebagai respons kepada komen sahabat saya, blogger Hazrey
(http://bapak-gulagula.blogspot.com/) yang tidak bersetuju dengan pemilikan kapal
selam oleh Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dalam komen beliau pada entry-
entry yang lepas.

2. Sebenarnya ramai juga pihak yang bersependapat dengan Harzrey, mungkin ada
kebenaran dari segi alasan beliau dan golongan tidak pro pada kapal selam ini tetapi
ini hujah saya yang pro kepada pembelian kapal selam.

3. Jika ada komen yang menyokong Hazrey, tolong jangan kaitkan dengan isu skandal
atau politik. Berikan hujah anda dari sudut strategik dan taktikal atau dari sudut nilai
belian kita itu (kurangkan sikit cerita politik, ini blog military, lagi pun cerita pompuan
Mongol itu dah basi).

4. Alasan yang diberikan oleh beliau adalah wang yang sebegitu banyak wajar diguna
untuk membeli lebih banyak kapal-kapal permukaan. Dalam bahasa mudah, lagi banyak
kapal, lagi utuh power projection kita di rantau ini.

5. Ini boleh dilihat apabila TLDM kini hanya mempunya dua kapal friget termoden (Kelas
Lekiu) sedangkan Singapura kini mempunyai enam friget dari Kelas Delta yang ternyata
lebih berkemampuan.

6. TLDM sebenarnya tidak lupa kepada kapal-kapal permukaan, TLDM baru sahaja
melancarkan enam kapal jenis New Generation Patrol Vessel dari Kelas Meko 100 yang
tidak dilengkapi senjata pemusnah seperti Exocet kecuali meriam asas.

7. Sekarang sudah ada kedengaran, TLDM akan membuat pertambahan enam lagi
kapal dari jenis NGPV tetapi mungkin bukan dari kelas Meko 100 dan kali ini
kelengkapannya lebih berbisa.

8. Saya percaya untuk kumpulan kedua ini, frasa "To Equipped But Not With" tidak
akan dipakai lagi, sebaliknya, kumpulan kedua nanti memang direka untuk berperang
dan ada kemungkinan ia akan dioptima untuk tugas Anti Submarine Warfare (ASW) bagi
digandingkan dengan Scorpene.

9. Mungkin ramai yang merasa hampa apabila kapal-kapal dari kumpulan pertama tidak
dilengkapi dengan peluru berpandu tetapi sebenarnya tujuan utama pembinaan kapal-kapal
ini adalah untuk menggantikan bot-bot ronda yang sudah diberi kepada Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

10.Oleh sebab itu, kapal dari kumpulan pertama dioptima untuk tujuan rondaan, durasi yang
lebih lama di laut serta berkelajuan hanya 22 knots (sesuai untuk rondaan) sahaja sedangkan KD
Laksamana Hang Nadim (juga dari kelas Korvet) mempunyai kelajuan setinggi 36 knots. Friget
Kelas Lekiu sendiri mempunyai kelajuan 28 knots dan kapal friget kelas Delta milik Singapura 27
knots.

11.Jadi dalam masa 10 tahun akan datang, ada kemungkinan Malaysia akan mempunyai 12 kapal
korvet baru (NGPV) dan empat friget dari Kelas Lekiu (termasuk Jebat Batch II). Itu pun ada ura-
ura bahawa Brunei akan menjual kapal friget Nakhoda Ragamnya melalui BAE kepada Malaysia.

12.Kedudukan kapal selam Scorpene dalam armada TLDM adalah sebagai force multiplier.

13.Saya masih ingat (tapi tidak secara detail) pada beberapa tahun yang lepas, angkatan laut Jepun
dan kapal selam Amerika Syarikat telah melakukan latihan bersama-sama.

14.Dalam latihan itu, senarionya adalah kapal permukaan vs kapal selam. Armada kapal perang Jepun
berjaya mengesan tiga kapal selam AS dan memusnahkannya tetapi kapal selam keempat terselamat.
Hanya satu sahaja kapal selam yang terselamat dan kapal selam tunggal ini berjaya menenggelamkan
keseluruhan armada itu.

17.Pada tahun 1981, satu latihan peperangan besar-besaran di Lautan Atlantik membabitkan dua kapal pengangkut pesawat AS, satu kapal pengangkut pesawat British dan puluhan kapal pengiring Kanada,
AS dan British membuat senario serangan ke atas kawasan pantai musuh.

18.Sebuah kapal selam Kanada yang bertindak sebagai musuh berjaya masuk ke dalam kumpulan terbabit dan memusnahkan kapal pengangkut pesawat milik AS dan sebuah lagi milik British, kapal selam Kanada
itu sehingga ke akhir latihan gagal dikesan sama sekali.

19.Analisis yang dibuat kemudian mendapati, kejayaan kapal selam Kanada ini bukan merupakan kes terpencil atau peristiwa 1 dalam 1000, sebaliknya, ia mengambarkan secara jitu, melalui perancangan yang dibuat oleh komander kapal selam itu, beliau berjaya melaksanakan misi mengikut  kemampuan kapal yang dimilikinya.

20.Kapal selam Belanda, Walrus dalam satu latihan dengan kod JTFEX, TMDI 1999 berjaya menenggelamkan banyak kapal "musuh" termasuk kapal pengangkut pesawat termoden berkuasa nuklear
AS iaitu USS Thedore Roosevelt (CVN71).

16.Bayangkan keseluruhan sumber termasuk puluhan kapal perang terpaksa difokuskan hanya untuk mencari kapal-kapal selam ini dan cuba lihatkan gangguan yang bakal ditimbulkan oleh sebuah kapal selam di kawasan yang sibuk seperti di Teluk Parsi, sebuah kapal ASW di perairan litoral akan mengalami kesukaran untuk membezakan gelombang akoustik dasar laut, hidupan  dan kapal-kapal laut yang beroperasi di kawasan itu.

17. Jika Iraq mempunyai 3 buah kapal selam beroperasi di Teluk Parsi, outcome peperangan di teluk akan keluar dengan keputusan yang berbeza dan teluk itu akan menjadi mimpi ngeri pada pasukan bersekutu di situ.

19.Laporan mengenai peranan kapal selam di Teluk Parsi pernah saya baca dahulu, ia mengambarkan bagaimana jika Iraq mempunyai kapal selam, AS dan sekutunya sudah pasti mengalami kesukaran untuk menjalankan operasi di kawasan terbabit.

17.Iran kemudiannya mengambil langkah bijak dan secara strategik, membeli kapal selam jenis Kilo untuk berkhidmat di perairan itu bagi memayungi kelemahan kapal-kapal permukaannya yang sudah tentu tidak mampu bertentang mata dengan kapal-kapal perang AS dan British yang lebih hebat.

19.Kemampuan kapal selam bukan terbukti sekali, malah berkali-kali dunia moden dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang dikait dengan ancaman kapal selam yang bukan dari kelas nuklear. Pada 2006 misalnya, sebuah kapal selam diesel elektrik China membuat kejutan kepada perancang ketenteraan Amerika Syarikat apabila tiba-tiba ia muncul berhampiran dengan kapal pengangkut kapal terbang USS Kitty Hawk tanpa dapat dikesan oleh kapal-kapal pengiring AS dalam armada itu.

18.Secara umum, memang nampak mudah untuk mengesan kapal selam dengan kapal-kapal ASW atau
pesawat terbang dan helikopter ASW tetapi realitinya tidak begitu, sebenarnya sangat sukar untuk mengesan sebuah kapal selam.

19.Jika melihat kepada Peperangan Dunia Kedua di mana teknologi kapal selam adalah sangat-sangat mundur berbanding dengan kapal permukaan pada zaman itu, sumbangan dan peranan kapal selam sebagai senjata yang "kurang glamour" sebenarnya amat memberansangkan.

20.Kapal pengangkut kapal terbang terbesar di dunia ketika itu iaitu IJN Shinano, tenggelam pada
penghujung perang akibat torpedo kapal selam AS, kapal pengangkut pesawat AS iaitu USS Saratoga tersadai berbulan-bulan akibat ditembak dengan torpedo dari kapal selam Jepun, kapal perang termaju
dan tercanggih AS ketika itu iaitu USS North Carolina lumpuh selama dua bulan selepas terkena tembakan torpedo kapal selam Jepun.

21.Selain untuk tujuan peperangan, kapal selam terbukti mampu menjalankan tugas-tugas pencegah penyeludupan. Kapal selam USS Hawaii pada tahun lepas berjaya memintas kapal penyeludup dadah di kawasan Pasifik Timur pada tahun lepas.

22.Satu lagi peranan kapal selam adalah misi mengutip maklumat Intel, dengan kesukaran untuk dikesan, sebuah kapal selam boleh mengintip dan memintas maklumat secara pasif beberapa minggu di kawasan operasi yang sudah ditetapkan.

23.Keupayaan ini dibolehkan kerana dari segi teknologi sendiri, kapal selam seperti Kelas Scorpene dilengkapi dengan sistem perisian komputer dan perkakasan komunikasi serta Intel yang terkini malahan
lebih sensitif dari yang dipasang pada kapal-kapal permukaan.

Monday, January 18, 2010

MELAWAT TAPAK PERTEMPURAN KAMPAR GREEN RIDGE










 1. Pada awal bulan ini, saya berpeluang melawat tapak Pertempuran Kampar iaitu di antara askar British
dengan Jepun di satu kawasan yang bernama Green Ridge. Satu kawasan strategik yang sesuai dijadikan kubu pertahanan.

    2. Saya pergi ke sana bersama iaitu moderator forum panggilan pertiwi iaitu Knife. Tidur di rumah beliau
semalam dan berpeluang menyaksikan koleksi ketenteraan milik beliau serta satu video UFO yang beliau ambil sendiri dalam penerbangan ke Korea tidak lama dahulu.

    3. Kami sampai ke Kampar hampir tengahari. Untuk maklumat pembaca, kedudukan kubu pertahanan ini terletak di tepi jalan Ipoh-KL berhampiran Tesco Kampar, tapi susah untuk di identifikasi kerana kedudukan papan tanda yang terletak di atas bukit.

    4. Sepatutnya kami berjumpa dngan Cikgu Chye Kooi Loong tetapi beliau sakit, cikgu ini bertanggungjawab mengesan kedudukan kubu pertahanan British ini sekaligus memeliharanya sebagai kesan sejarah.

    5. Kedatangan kami disambut secara tidak rasmi oleh bekas tentera iaitu Peter Chye (adik Cikgu Chye) yang sibuk memotong rumput dan beliau memperkenalkan kami kemudian dengan seorang lagi peminat sejarah iaitu Harjad Singh (kepada peminat yang ingin membuat kajian tentang kawasan peperangan itu bolehlah menghubungi beliau melalui emel saya).

    6. Kami di bawa meneroka kawasan pertempuran yang dipenuhi dengan semak samun walaupun bekas-bekas perajurit dan penduduk sekitar saban masa cuba membersihkan kawasan itu.

    7. Memang hebat, kawasan pertempuran ini meliputi tanah semak samun dan tidak sangka tempat ini pernah menjadi medan pertempuran kepada 1,300 tentera British dan India mengatasi kekuatan askar Jepun yang seramai 4,000 orang.

    8. Saya tidak berminat untuk menceritakan kisah pertempuran kerana anda boleh membaca sejarahnya di dalam laman web.

    9. Saya agak kesal kerana tidak membawa parang, sebenarnya banyak lagi sektor yang belum dimasuki orang kecuali kawasan yang sudah dibersihkan, pelik juga saya terfikir mcm mana nak perang pasal banyak pokok dan hutan rupa-rupanya selepas dijelaskan baru saya faham, kawasan ini dahulu tidak ada hutan mcm sekarang sebaliknya hanya lalang. Jadi memang kawasan pertempuran adalah sejauh mata memandang, musuh pun kita boleh nampak...jadi fahamlah saya proses alam semulajadi ini.

    10.Antara yang boleh dilihat ialah Foxhole, parit komunikasi dan pertahanan, kawasan command centre,
kawasan pemerhatian artilleri, perigi dan banyak lagi.

    11.Kesemua binaan dibuat dari tanah, hanya mereka yang berminat sahaja akan menghargai medan pertempuran seperti ini dan jika anda kurang stamina atau takut pada pacat, baik melawat sahaja kubu pertahanan Inggeris di Batu Maung, Pulau Pinang atau Pulau Sentosa, Singapura yang dipelihara untuk pelancongan.

    12.Menurut Harjad Singh yang memiliki "metal detector" buatan sendiri, beliau pernah mengesan peluru,
bayonet dan helmet milik askar-askar yang terlibat.

    13.Tidak jauh dari kawasan itu di satu kampung (nama tidak ingat), Harjad memberitahu saya terdapat satu kilang yang sekarang ini tinggal menara yang menjadi tempat askar-askar Jepun membuat peluru. Yang menariknya terdapat satu macam terowong bawah tanah di sisa runtuhan kilang tersebut tetapi sudah dikunci pintunya untuk keselamatan.

    14."Ada hantu kah dalam ini hutan, biasalah ramai org mati kena tembak sini," tanya saya tapi Harjad
senyum sahaja, beliau belum pernah berjumpa sekor pun.


NOTA  PENULIS : ORANG-ORANG BELAKANG TADBIR MCM CIKGU CHYE DAN SINGH NI BANYAK MELABUR MASA DAN WANG UNTUK MENCARI SEJARAH NEGARA, TAKDE KE YB-YB INI TERFIKIR DAN REKOMEN PADA KERAJAAN UNTUK BAGI PINGAT PENGHARGAAN ???






 

Sunday, December 27, 2009

Kehilangan Enjin F5-E - Tiada Apa Yang Peliknya

Comrade dari forum Panggilan Pertiwi , depan sekali adalah Trooper Knife,Ondscene (muka takde blanco pasal dia geng polis), Encik Kacang dan saya (kepala botak), camera man RedKnot tidak ada dalam gambar.

OK SORRY LAMBAT UPDATE, INI PUN UPDATE SELEPAS PENULIS BERTEMU DENGAN KUMPULAN AHLI DAN MODERATOR FORUM PERTAHANAN TEMPATAN IAITU Panggilan Pertiwi YANG BEROPERASI DARI ALAMAT http://panggilanpertiwi.forumotion.net/

BAGUS GAK ADA FORUM MACAM INI PASAL BANYAK FORUM DALAM BAHASA ORANG PUTEH, PENULIS BUKAN PANDAI CAKAP ORANG PUTEH INI, BAHASA JERMAN PANDAILAH.
JADI DEN PUN JUMPA DENGAN MODERATOR FORUM INI, PASAL PELIK MANA DIA ORANG DAPAT BAHAN-BAHAN MENARIK.
DEN JUGA BACA PASAL BANYAK JUGAK NAMA YANG DEN KENAL MACAM KNIFE, JOE KUMBANG DAN MR KURIEN JOIN FORUM NI.

1. Oklah saya tidak akan mengulas mengenai kehilangan jet pejuang F-5E kerana isu ini sudah pun dikupas dan didedahkan oleh media-media utama negara.

2. Sama ada wujud konspirasi atau tidak, itu saya tidak tahu, kalau kes kumpulan Al Maunah di Sauk boleh berlaku dengan melarikan senjata dari kem tentera, jadi tidak hairan kalau enjin jet yang terbiar macam besi buruk tu boleh hilang.

3. Tidak ada apa yang pelik pasal enjin jet hilang ini, hanya dengan dokumen dan pemalsuan tandatangan, enjin jet seperti ini memang boleh dibawa keluar, kalau naik lori dan polis nampak pun, tidak akan ada apa yang berlaku pasal siapa sangka? siapa yang nak syak?.

4. Sehingga tersebarnya cerita ini sekurang-kurangnya membuka minda masyarakat, ini membuktikan media bukanlah dikuasai kerajaan sampai ke tahap ditunggang macam kerbau, jadi bila pendedahan macam ini berlaku, sebenarnya salah siapa? Salah kerajaan atau salah pegawai kita yang tidak amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

5. Akhirnya yang busuk nama ialah Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ini memang memalukan nama negara, kisah macam ini menjadi gelak ketawa orang luar, kalau tak percaya silalah baca forum forum pertahanan negara jiran dan antarabangsa, suratkhabar kat India (akhbar Times Of India) pun keluar cerita ini, malu maluuu.

6. Benda ini bukan perkara baru, sikap pegawai yang tamak memang sentiasa wujud dan kalau tidak silap saya pada awal tahun ini, seorang pegawai berpangkat jeneral dan 25 pegawai lain-lain pangkat telah pun dibuang dan digantung tugas oleh markas medan.

7. Mereka ini pengkhianat negara, menjual apa sahaja barang milik ATM yang boleh dipakai.

8. Seorang pegawai berpangkat Mejar, menubuhkan sebuah syarikat dan membawa pulang peralatan merbahaya termasuk sistem avionik misil untuk dibaiki di rumah dan kemudian membuat tuntutan bayaran dari kerajaan melalui syarikat yang bertindak sebagai camouflage tindakan jahanamnya itu.

9. Saya tidak pasti jika cerita di atas benar, harap-harap ia hanya khabar angin yang saya perolehi.

10.Dahulu pun kecoh juga apabila disyaki adanya skandal dengan pemasangan meriam baru kepada kenderaan jenis Scorpion kita, Scorpion yang asalnya menggunakan meriam 76mm kepada 90mm menyebabkan meriam tersebut agak berat dan tidak dapat didongakkan kepada sudut tertentu.

11.Tetapi itu semua bagi saya hanya khabar angin, kerana terbukti dalam pasaran antarabangsa ada negara yang berjaya memasang meriam 125mm kepada tank jenis Scorpion ini dengan beberapa modifikasi. Khabar angin yang disebar kadang-kadang ada motif.

12.Negara ini sebenarnya harus dicuci dari para pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk pasukan tentera yang tamak dan tidak amanah.

13.Umum tahu pembelian peralatan tentera menjanjikan komisyen kepada para pegawai tentera ini dan mereka lebih mahir dalam selok belok nak "songlap" duit kerana orang-orang politik macam Najib Tun Razak hanya berada sementara dalam Kementerian Pertahanan, sedangkan segelintir para pegawai tentera yang nakal ini akan berada lebih lama.

14.Program PERISTA yang dilancarkan pada tahun 1980an dahulu menyaksikan pembaziran yang tidak terhingga terhadap kewangan negara apabila kita menyaksikan Malaysia membeli ratusan kereta perisai jenis Condor dan Sibmas serta sejumlah besar A4 Skyhawk yang kemampuan pesawat terpakai ini meragukan.

15.Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Seri Dr Mahathir Mohamad akhirnya campur tangan dan membatalkan program yang sangat membazir ini.

16.Jadi dalam beberapa isu kita kena fokuskan kepada segelintir pegawai tentera dan rakyat Malaysia yang tidak amanah ini dan bukan mengaitkan isu-isu ini dengan serangan politik kerana kalau kerajaan bertukar dan pegawai-pegawai macam ini masih ada, habislah kita semua.

17.Saya percaya peralatan enjin Northrop F-5E ini dijual di pasar gelap, masih banyak negara yang menggunakan jet pejuang ini malahan Iran sendiri masih memakai jet pejuang jenis ini.

18.Ada khabar angin enjin tersebut dijual kepada Iran dan Venuezela (semua musuh AS ni), itu saya tidak tahu tetapi Iran memang tidak mendapat bekalan alat ganti untuk jet F-5E ini kerana dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

19.Amerika Syarikat mengambil langkah bijak, selepas memencenkan sejumlah besar jet F-14 Tomcat pada tahun 2006, negara itu mengambil keputusan untuk merungkaikan peralatan enjin dan avionik pesawat itu supaya tidak jatuh ke tangan Iran.

20.Pencennya F-14 juga akan menyukarkan peralatan alat ganti jet tersebut berkembang kerana hanya dua negara sahaja yang pakai F-14 iaitu AS dan juga Iran, selagi wujud jet pejuang model lama seperti MIG-21 dan F-5E, selagi itu lah permintaan untuk alat ganti meningkat.

21.Penulis pun tidaklah ada maklumat pasal sindiket pasaran gelap yang beroperasi di Malaysia tetapi kalau nak tahu modus operandi mereka ini secara kasar, bolehlah tonton filem Lord Of War lakonan Nicholas Cage, yang merupakan peniaga senjata yang beroperasi dalam pasaran gelap.

22.Saya tidak pasti pasal pasaran gelap alat ganti jet pejuang tetapi dalam dunia penerbangan, pasaran alat ganti pelbagai jet dan pesawat awam mempunyai nilai sebanyak US45 bilion.

23.Agensi berita AFP satu ketika dulu ada buat pasal pasaran gelap alat ganti ini, dalam satu kes pada tahun Sept 1988, sebuah kapal terbang awam jenis Convair 580 jatuh terhempas dari 22,000 kaki ke permukaan Laut Utara.

24.Pasukan penyiasat berjaya mengumpul 90 peratus rangka pesawat dan memang pening kepala melihat pelbagai alat daripada skru ke sebesar-besar bahagian enjin yang bukan dari pihak OEM (Original Equipment Manufacturer).

25.Pemilik pesawat itu pula gagal membuktikan di mana mereka memperolehi alat ganti untuk pesawat yang sudah tua ini kerana tidak mempunyai sijil perakuan, ini membuktikan sumber alat ganti pesawat itu dikorek dari pasaran gelap.

26.Tahun 1995 pula, sebuah jet penumpang terhempad di pergunungan Colombia, belum sempat 159 cebisan mayat penumpang pesawat ini diambil, "Scavenger" telah pun datang dan mencuri peralatan pesawat yang masih boleh digunakan, ada yang datang membawa helikopter untuk mencuri enjin jet pesawat itu...ini semua kerana mereka tahu di mana sepatutnya peralatan ini dijual dan kepada siapa.

SEKIAN KOMEN PENULIS, PELIK PULAK SEJAK ISU ENJIN NI KELUAR, KAWAN-KAWAN DEN TIBA-TIBA TUTUP TELEPON, EMM TAKUT DEN TANYA KE?? HEHEHE..

Saturday, December 5, 2009

ZON MORO DI FILIPHINA

Gambar kat Filiphina ini semua rosak pasal kamera masuk wap air, bengang betul. Gambar di atas adalah saya di hadapan para penduduk Islam Filiphina yang menyambut kedatangan Menteri Pertahanan (skrg PM) Datuk Seri Najib Tun Razak.


Baru sampai di lapangan terbang Zamboanga, deretan askar Filiphina sambut kami


Saya baru turun dari kapal terbang VIP TUDM, di Labuan kotttt..

PASAL DEMAM HARI RAYA BELUM TAMAT, DEN TULIS CERITA NI

1. Kita baru sahaja menyambut hari raya haji dan tidak lama dahulu kita menyambut Aidilfitri, teringat saya beberapa tahun lepas ketika saya ada mengikuti Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak (skrg PM) ke kepulauan Mindanao, Filiphina untuk bertemu dengan pasukan tentera darat Malaysia yang bertugas sebagai pengamam diantara pemberontak Islam Moro dan kerajaan Manila.

2. Demi tugas dan negara, saya terpaksa melupakan soal untuk berhari raya Aidilfitri, lagi pun, Najib pun boleh berkerja pada hari raya, jadi apa bezanya saya.

3. Penerbangan dibuat dari Pengkalan TUDM Subang menaiki pesawat Boeing BBJ (737-700) berwarna putih. Sudah dua kali saya berpeluang menaiki pesawat VIP TUDM, kali pertama adalah ketika mengikuti Najib melawat rejim kuku besi Myanmar tidak lama dahulu (tapi jenis pesawat tidak ingat, saya rasa kecil sedikit dari Boeing 737-700 yang dinaiki oleh saya pada kali ini.

4. Duit cuma ada RM50, pergi oversea bawa RM50, aduhhhh, memang pokai pasal terlupa nak draw duit dari mesin ATM (sebenarnya saya memang selalu pokai pun).

5. Pesawat berhenti di pengkalan TUDM Labuan untuk refuel dan kemudian menyambung semula penerbangan.

6. Dalam pukul 1pm, pesawat akhirnya tiba di lapangan terbang terbang Zamboaga. Kami disambut oleh pasukan tentera Filiphina dan polis, beberapa helikopter pengempur jenis Huey lengkap dengan mesingan dan roket berlegar-legar di udara (terasa macam babak filem perang Vietnam pulak, dalam kepala dah terpasang lagu All Along The Watch Tower).

7. Sekuriti sangat ketat, secara psikologinya menyebabkan saya terfikir kemungkinan rombongan ini akan diserang hendap. Adusss saspen saspen, wasiat tak buat lagi ini.

8. Rombongan kami diawali dengan dua polis Filiphina menunggang motorsikal Scrambler dan kemudian diikuti dengan kereta perisai jenis Simba.

9. Saya memang berdebar-debar sangat kerana saya duduk di tepi tingkap bas. Tingkap bas pulak besar, comfirm ambusher tidak ada masalah untuk menembak telinga saya dan tembus di telinga belah kiri. Sebelum itu saya sempat mengukur ketebalan dinding bas. Memang tidak cukup tebal untuk menahan tembakan peluru 5.56mm M16.

10.Saya benar-benar saspen dan saya mula merasa kesal kerana memakai pakaian macam tentera, sepatutnya kalau pergi ke tempat-tempat "panas" ini, kalau boleh elaklah pakai baju yang menyerupai tentera, topi askar pun kalau boleh elakkan (ini nasihat kawan sayalah).

11.Askar Filiphina berada di sekitar jalan, lengkap bersenjata dari raifel M16 sampailah ke mesingan M60 dan suasana benar-benar tegang.

12.Tiba-tiba pemandangan yang tegang tadi beransur-ansur digantikan dengan sekumpulan orangramai, ramai kanak-kanak dan wanita yang memakai tudung.

13.Comfirm, saya dah masuk ke dalam sarang MILF, pasal itu kumpulan askar yang banyak dilihat sepanjang perjalanan tadi hilang secara beransur-ansur.

14.Saya macam tidak percaya dengan pandangan yang saya lihat.

15.Mereka mengibarkan bendera Malaysia dan ada dikalangan mereka yang menitiskan air mata kerana kegembiraan apabila melihat ada pemimpin dari Malaysia datang menjenguk kumpulan rakyat yang ditindas sejak sekian lama ini.

16.Bila bas berhenti, berpuluh-puluh lelaki dan wanita Melayu Islam Zamboanga menerpa kami dan meneriak Malaysia!!Malaysia!!, Mahathir!! Mahathir!!. (masa itu zaman Mahathir, Abdullah Badawi belum naik lagi). Saya sebak sangat melihat negara dan pemimpin saya diterima sedemikian rupa oleh kelompok saudara seagama saya di sini.

17.Memang terasa bangga sangat, sebak pun ada. Bukan apa, bila ada pemimpin Islam dari negara yang dihormati dunia macam Malaysia sampai ke tempat macam ini, saudara Islam kita yang terdiri dari bangsa Melayu Moro ini merasakan nasib mereka diambil berat.

18.Pertama, Malaysia sendiri mengusahakan perdamaian di antara Manila dan Moro (skrg tidak menjadi kerana kerajaan Manila memang macam tidak berminat untuk berdamai dengan depa ini).

19.Kedua, Malaysia menghantar tentera kita yang merupakan satu bangsa dan satu agama untuk menjadi pengaman di situ sekaligus menjamin keselamatan bangsa Melayu Moro yang selama ini tidak dapat menjalankan kegiatan sosial serta ekonomi mereka secara normal.

20.Sebenarnya banyak tapi maaf saya tidak dapat menceritakan maklumat seterusnya kerana saya tidak mahu ia disalahgunakan, kang tak pasal-pasal Wisma Putera atau Kementerian Dalam Negeri siasat saya apabila isu dalam ini menjadi masalah internasional.

21.Sebenarnya saya nak keluarkan entry ini pada Aidilfitri lepas tetapi lupa, entry ini dikeluarkan memandangkan Perdana Menteri sekarang ini Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat pemimpin Islam di Selatan Thailand pada 7 hingga 9 Dis ini dan saya boleh bayangkan suasana yang mengharukan di kalangan pemimpin Islam dan bekas-bekas pejuang Pulo di kawasan itu yang melihat Najib datang.

22.Selama beberapa tahun, belum ada pemimpin Islam dari negara ini yang dibawa melawat wilayah berkonflik itu malah hubungan di antara kedua negara sangat tegang sebaik sahaja selepas mantan PM, Tun Seri Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan supaya wilayah Islam di sana diberi kuasa autonomi (Perkataan yang sangat sensitif kepada kerajaan Thailand).

23.Saya juga berharap supaya pemimpin dan rakyat negara ini terus menerus menyokong perjuangan saudara kita di Thailand dan juga Filiphina.

Wednesday, November 18, 2009

MISIL TAMING SARI 98 BUATAN MALAYSIA

Gambar perarakan Hari Kemerdekaan, sistem misil Taming Sari 98 atas terak pick up jenis Isuzu dengan sistem camouflage digital atau FACTS (Gambar dari militaryphoto.net oleh Mr Kurien)


Gambar dari perarakan yang sama dengan para pegawai STRIDE berserta dengan alat LTD dipercayai untuk memandu sistem Taming Sari ke arah sasaran dengan laser (Gambar dari photobucket oleh Balibilabong)


Sistem peluru pintar Copperhead oleh tentera Amerika Syarikat ditembak dari laras meriam 155mm.

1. Pada pameran DSA 2008 (Defence Servise Asia'08) yang mengambil tempat di Putra World Trade Centre, saya berkesempatan mengunjungi tapak pameran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan atau STRIDE.

2. Stride ini kalau tidak salah dahulunya duduk di Jalan Padang Tembak, lepas itu berpindah ke Kajang, masa bangunan STRIDE hendak dibangunkan di Kajang ini, ada juga saya hadir ke majlis pecah tanah insitut ini.

3. Kalau hendak ke Batu Arang pun ada cawangan STRIDE dan dekat Lumut pun ada cawangan institut ini.

4. Di Batu Arang ini terletaknya lokasi department teknologi pertahanananya dan di sinilah penyelidikan ke atas sistem persenjataan dibuat.

5. Saya tidak tahu apa perkembangan STRIDE yang muktahir tetapi sebelum ini, STRIDE ini akan mengkaji sistem-sistem persenjataan dan pertahanan yang dibeli oleh negara. Kajian dibuat untuk mendapatkan kesesuaian dengan iklim dan tenaga kerja serta untuk memahami bagaimana ianya berfungsi (sila rujuk laman rasmi STRIDE).

6. Memang misteri STRIDE ini, tetapi pada perarakan Hari Kemerdekaan ke 50 kalau tidak silap saya (maaf tidak ingat tetapi memang ada gambarnya dalam akhbar), tiba-tiba STRIDE mengambil bahagian dan rakyat pun melihat lori-lori pickup 4WD Isuzu mengalas sejenis peluru berpandu.

7. Masa itu saya sedang menonton perarakan tersebut dari TV, saya tersenyum juga tengok pasukan STRIDE ini, dalam hati saya, "Apalah STRIDE ini, siap bawak mock up peluru berpandu atas terak konon-konon nak tunjuk depa ni ada pencapaian".

8. Memang kelakar dan tidak kena langsung gabungan peluru berpandu tersebut dengan lori pick up Isuzu yang diwarna dengan corak camouflage (kalau letak atas Land Rover Defender atau G-Wagon mungkin nampak sesuai sikit, ini pendapat saya masa itu).

9. Itu dahulu apabila saya sinis dengan pencapaian negara saya sendiri malahan saya sendiri dahulu tidak percaya anak bangsa saya boleh mencipta peluru berpandu.

10.Sehinggalah saya melawat pameran DSA 2008 di PWTC, saya mengambil kesempatan untuk berbual dengan seorang jurutera STRIDE yang menghisap rokok bersama saya di sebelah ruang pameran STRIDE yang terletak di pintu keluar pameran tersebut.

11. "Bro, egh egh (saya terbatuk batuk pasal asap rokok tapi belum sampai tahap kena kanser paru-paru), peluru berpandu itu mock up ke yang STRIDE bawak atas lori Isuzu masa perarakan dulu?" tanya saya sambil menunding pada gambar peluru berpandu tersebut yang tertampal di ruang pameran STRIDE.

12. "Ishh itu misil betul itu, kita orang ambil risiko bawak peluru berpandu hidup masa perarakan, kalau meletup, memang masak", kata jurutera berusia 40an itu.

13.Serentak dengan itu air liur saya tertelan, dan mata saya bersinar-sinar untuk mengorek maklumat pasal peluru berpandu yang saya gelakkan dalam kaca TV dahulu.

15.Dari maklumat beliau, baru saya tahu, peluru berpandu itu diberi nama kod Taming Sari 98 dan benar-benar berfungsi serta mempunyai sistem panduannya sendiri. Ia boleh dikategorikan sebagai "Peluru Berpandu Pintar" dan bukan bom bodoh (bomb besi/unguided) atau sistem roket biasa.

16.Beliau sendiri sukar hendak menjelaskan kepada saya atas sebab-sebab teknikal tetapi saya andaikan peluru berpandu ini mempunyai fungsi yang sama dengan sistem peluru berpandu pintar "Copperhead" buatan Amerika Syarikat yang ditembak dari laras meriam 155mm.

17. Sistem Copperhead ini akan mencari sasaran dengan menggunakan deria laser atau radio seperti kereta kebal misalnya dan kemudian menyelaraskan sistem pemanduannya untuk meluncur ke arah kereta kebal musuh.

18.Dari maklumat beliau, peluru berpandu Taming Sari ini masih dalam peringkat ujian dan sehingga DSA 2008, sistem ini menghadapi masalah tetapi saya tidak ingat masalah apa, ia masih sedang dibaiki untuk mencapai jarak penerbangan yang maksimun dan masalah dengan sistem pengesanan.

19.Kalau tidak silap saya, jarak yang dicapai oleh peluru berpandu itu mencapai tidak lebih dari 3 kilometer (Maaf tidak ingat jarak sebenar) dan ini merupakan antara masalah yang sedang diatasi oleh para saintis dan jurutera STRIDE.

20.Saya rasa sistem peluru berpandu ini berfungsi begini...sasaran akan ditentukan oleh unit forward observer (biasa dari GGK atau PASKAU dgn menandakan sasaran dengan alat Laser Target Designator atau LTD).

21.Peluru berpandu akan dilancarkan dan sistem penjejak laser pada Taming Sari 98 akan mengikut tandaan laser yang dibuat oleh LTD tadi. Buktinya, salah satu dari kenderaan dalam konvoi perarakan itu membawa alat yang dipercayai LTD.

22.Sistem pengesanan peluru berpandu itu juga bermasalah (mungkin tak dapat mencari sasaran dengan tepat kot) tetapi saya tidak pasti yang ini kerana saya sendiri tidak berapa faham apa yang jurutera itu cuba sampaikan pasal bahasa yang dipakai banyak sangat jargon teknikal.

23.Selain dari peluru berpandu di atas, pencapaian STRIDE yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah ujian terhadap sistem camouflage digital yang diberi nama Field Advance Camouflage System atau FACTS (SILA LIHAT ENTRY PADA JANUARI 2009 SAYA DENGAN TAJUK CAT CAMOUFLAGE BARU UNTUK ATM).

Wednesday, November 11, 2009

KD TUANKU ABDUL RAHMAN TIDAK BOLEH MENYELAM?

1. Saya sedang mencari rokok apabila terserempak dengan akhbar Suara Keadilan
yang memaparkan berita kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

2. Saya agak terkejut dengan isu yang diberikan oleh MP Machang Saifudin Nasution itu, terkejut bukan kerana kapal selam itu tidak boleh menyelam tetapi kerana bengang pasal apalah Saifudin ungkit isu yang meremeh-remehkan minda rakyat.

3. Kalau nak cari isu politik pun, tirulah Lim Kit Siang yang mempersoalkan isu Eurocopter yang mahal harganya. Sekurang-kurangnya tercabarlah juga minda nak jawab malahan, Uncle Lim boleh jugalah berbangga kerana isu itu diutarakan dengan disertai fakta sokongan walaupun hanya menggunakan angka-angka yang dipetik dari internet.

4. Ini Saifuddin cetuskan isu yang bersifat murahan, main tembak sahaja. Saya rasa ramai
boleh jawab isu ini dengan gunakan logik akal.

5. Saya pernah berjumpa dengan Saifudin semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang dahulu.
Masa itu dia kecohkan salah seorang ahli PAS telah dipukul dan diparang sampai berdarah kepala budak itu, badan pun kena tetak.

6. Yang peliknya, baju kena tetak sampai koyak tetapi tidak ada luka dibadan (ilmu kebal kot), Saifudin pula gagal menjawab banyak pertanyaan pemberita (saya hadir pada sidang akhbar mengenai serangan itu menemani seorang rakan). Budak yang kena tetak tu pun tak datang, report polis pun tidak ada yang menceritakan pasal budak kena tetak tu.

7. Harakah Online sebelum itu menceritakan secara detail kes serangan tetapi kemudiannya,
akhbar itu tiba-tiba menarik laporannya dan ini saya pun tertanya, "APA SUDAH JADI?"....ini samalah kelentong dengan Aziz Mamak Putera Umno yang mendakwa diri dia kena tumbuk, tapi rupa-rupanya gimik...buat malu je.

8. Berbalik pasal isu tadi, blogger Secure Malaysia ada menulis mengenai latihan perang yang melibatkan kapal KD Tuanku Abdul Rahman dengan kapal selam Peranchis SSN Rubis pada artikel http://securemalaysia.blogspot.com/2009_06_01_archive.html.

9. Latihan ini dimenangi oleh anak-anak kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman dan secara logiknya, ia sudah menjelaskan bahawa kapal Scorpene kita telah pun membuktikan keupayaannya, tak akanlah latihan perang kapal selam di buat atas permukaan betul tak?

10.Untuk mendapatkan penjelasan, saya menghubungi sahabat baik saya, Fazalah Pitt yang berkerja untuk akhbar Suara Keadilan, rupa-rupanya beliaulah yang mengolah cerita
tersebut. Hampehhhhh....tetapi tidak banyak yang beliau tahu kerana sumber berita tersebut beliau tidak dapat terus dari Saifudin sebaliknya dari kertas soal jawab parlimen.

11.Kononnya kapal selam itu tidak boleh menyelam di beberapa tempat dan ketika
menghampiri Teluk Sepanggar, Sabah ia terpaksa diiringi oleh kapal pengiring.

12.Secara logik, kenyataan itu mengakui bahawa kapal selam sebenarnya berfungsi
dengan baik dan boleh menyelam tetapi dibeberapa tempat ia tidak boleh menyelam.

13.Semasa saya menghadiri majlis penerimaan kapal selam itu di Pelabuhan Kelang tempoh
hari, kapal itu tidak menyelam sebaliknya diiringi oleh kapal pengiring kerana keadaan laut yang agak cetek disamping iringan itu lebih kepada tujuan ceremonial dan membantu kapal selam menghampiri dan berlabuh di jeti. Ini prosedur standard untuk kapal besar lagipun nak "parking" kapal selam tidak sama macam nak rapatkan kapal permukaan pada jeti.

14.Kapal pengiring itu pun bagi saya hanyalah untuk tujuan ceremonial sahaja, lagipun
barang baru, dapatlah special escort, kalau dah setahun pakai, tidak adalah keistimewaan macam ini lagi.

15.Yang saya faham iringian itu memang untuk tujuan ceremonial, kerana majlis ketibaan
kapal selam itu dibuat di Pelabuhan Kelang, Lumut serta Teluk Sepanggar (pengkalan kapal selam pertama Malaysia), selain dari itu lebih kepada tujuan untuk membantu kapal berlabuh.

16.Saya rasa penjelasan di atas sudah cukup untuk menerangkan mengapa kapal selam itu
memerlukan kapal pengiring.

17.Bagaimana dengan kenyataan Saifudin bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam di
sesetengah tempat??

18.Saya sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kapal itu tidak dapat menyelam di setengah tempat tetapi saya andaikan begini.

19.Ada kemungkinan dakwaan "di sesetengah tempat" itu bermaksud kawasan yang tidak
sesuai untuk kapal itu menyelam di sebabkan dasar laut yang cetek, trafik kapal yang sibuk seperti di Selat Melaka dan kawasan laluan yang dipenuhi pulau atau terumbu karang termasuklah kapal karam.

20.Pantai Malaysia mempunyai panjang 4,800 kilometer dengan keluasan laut 598,530 kilometer persegi.

21.Daripada jumlah ini, hanya kira-kira 60 peratus sahaja yang sudah diukur dan tahap
pengukuran kedalaman dan pemetaan dibuat melalui 3 kategori iaitu : 1. Kawasan yang sudah diukur dan dicartakan mengikut standard. II. Kawasan yang sudah diukur tetapi belum memadai lagi dan III. kawasan yang belum pernah diukur.

22.Sehingga tahun 1998, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah mengeluarkan 58
carta mengenai pemetaan laut tempatan dan maklumat itu ada yang dikumpul melalui kaedah yang sudah ketinggalan zaman dan ada menggunakan kaedah moden.

23.Sebelum ini, sehingga tahun 1987, peta dasar laut negara banyak dibeli dari England
sehinggalah negara menubuhkan pusat hidrografinya sendiri pada tahun itu.

24.Carta dan peta laut negara yang moden serta lengkap akhirnya berjaya dibuat apabila
TLDM membeli KD Perantau dengan harga RM100 juta yang lengkap dengan teknologi pengukuran digital termasuk Sistem Paparan Carta Elektronik, GPS dan boleh mencari objek di dasar laut menerusi sistem multibeam dan peralatan digital Sides serta Sonar yang boleh mempamerkan topografi dasar laut dengan jelas dan benar.

25.Sebelum itu pengukuran dasar laut dibuat dengan menggunakan tali (orang lama TLDM
beritahu saya), macam mana dia ukur saya tidaklah tahu.

26.Yang saya faham, laut ini memang luas tetapi bukan boleh dilalui sesuka hati, lainlah
lautan Atlantik atau Pasifik.

27.Kedatangan kapal-kapal selam negara akan membantu negara mempunyai carta
kedalaman laut dengan lebih baik. Bayangkan bertapa payahnya krew-krew kapal hidrografi TLDM yang terdiri dari hanya dua kapal iaitu KD Perantau dan KD Mutiara nak buat pemetaan serta topografi dasar laut seluas lebih dari 500,000 kilometer persegi itu.

28.Sedangkan keluasan tanah Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah yang seluas 329,845
kilometer persegi itu pun tidak habis diukur, ini pula lautan yang diukur hanya oleh dua kapal sahaja.

Saturday, November 7, 2009

KILANG PT91 PENDEKAR

MAAF SIBUK TAHAP DEWA SEKARANG INI. BERIKUT MERUPAKAN PEMANDANGAN KILANG PEMBUATAN KERETA KEBAL MALAYSIA PT91 DI POLAND. LOKASI DAN MAKLUMAT PEMBINAAN JANGAN TANYA SAYA. SAYA KESUNTUKKAN MASA UNTUK MEMBUAT PENAMBAHAN MAKLUMAT. SEMUA GAMBAR ADALAH SUMBANGAN SEORANG PEMBACA BLOG DAN BUKAN DARI SALINAN INTERNET. GAMBAR DI ATAS PULA IALAH DI MALAYSIA, BAWAH SEMUA DI POLAND




















Monday, October 5, 2009

DIPETIK DARI MALAYSIATODAY.

The Invasion of Malaysia PDF Print
Posted by admin
Sunday, 04 October 2009 14:37
You see, who can realistically monitor 1,200km of Jungle Borders? Who can monitor the Indonesian Islands just beyond the shores of Tioman? And who can monitor the entire Straits of Malacca?
Michael Chick
If Indonesia were to really attack Malaysia on the 8th of October as the Jakarta Globe reports (http://thejakartaglobe.com/home/indonesian-vigilantes-prepare-for-battle-in-malaysia/331775 ) it would be an easy walkover. To begin with, Indonesia has a 240million population. That's 10 times the population of Malaysia alone. Not to mention the 4 million Indonesians who have been neutralized, and become members of UMNO. Add to that number the Millions who work in construction sites and as maids in Malaysian homes. If any (Intelligent) Protocols were to be observed, Malaysian National Security would have been breached already. Migratory Indonesians constitute to almost 55% of the entire Malaysian Population to begin with.

Do you actually believe that migrant Indonesians like Khir Toyo would stand up for Malaysia when he has a parang to his throat? Do you actually believe that Najib would not immediately claim his Sulawesi origins while staring down the barrel of a gun? Or how about Mahathir? Would he not scream and shout that he is an Indian, pleading for his life, when he is facing a beheading? After all, that's exactly how he filled out his application form at NUS (National University of Singapore) when he was younger.

Geographically speaking, Malaysia is surrounded by Indonesia. There is free passage between Sarawak, Sabah, and Kalimantan. You see, who can realistically monitor 1,200km of Jungle Borders? Who can monitor the Indonesian Islands just beyond the shores of Tioman? And who can monitor the entire Straits of Malacca? Of course, some may argue that the Indonesians are too busy with rescue work in Padang. However obscure this possible Invasion is, the truth of the matter stands; and that is, if Indonesia does really launch an attack on Malaysia, then she is finished.

Whose "skirt" would UMNO hide under? Would she sell-out to Indonesia? Would she say that "UMNO was safeguarding Malaysia for Indonesia all these years?" What would really happen? Look at how Malaysian Kampong names are given. Kampong Jawa, Kampong Acheh, Kampong Cham, and so on. What this tells us, is that the migrants are still hanging on to their original identity. And all this started ever since The Majapahit Buddhist Renegade Prince called Parameswara crawled into Malaysia via Singapore 600years ago. Buddhist? Most likely! You see, Indonesia now recognizes that Jambi was the center of the Majapahit rule, and not Palembang, as originally thought. There, numerous local and foreign archaeologists have turned up countless Buddhist Temples including a 30ft Statue of Buddha submerged in Kampong Melayu. The same as those found at Johor's Kota Gelanggi (http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2005/2/3/state/10070103 )

The original "Puak Melayu" (Malay Tribe), numbering circa 1,000, who lived in Malaysia 2,000yrs ago, were Hindu, as Lembah Bujang proves. (http://en.wikipedia.org/wiki/Bujang_Valley ) A 1,000 population at that time was considered to be extremely huge. So we need to understand what the texts mean when we read of "enormous populations" from old texts. And it makes for better story-telling.

Is the Jakarta Globe spinning a yarn? Are Indonesians flaunting empty threats? Will there be another "Perang Saudara"? If this is indeed a "spin", it must have definitely been started by some Instant Noodle Companies, because that's what all Malaysians will do when there's any wind of a "disturbance".

Poor Malaysia.

NOTA PENULIS : INI BANTAI UMNO KE ATAU PSIKOLOGI HALUS UNTUK MENIDAKKAN ORANG MELAYU SEBAGAI TUAN TANAH DI MALAYSIA INI. MEREKA INI LUPA, SEBELUM MALAYSIA ADA NAMA TANAH MELAYU (LAND OF MALAY).

SEKALI GUS MEMPERKECILKAN KEUPAYAAN ATM.

Friday, October 2, 2009

KERETA PERISAI BARU UNTUK TENTERA DI LEBANON

Nyala
Rooikat

Pandur (kesemua gambar di atas dipetik dari internet dan tidak menggambarkan versi yang akan dibeli oleh Malaysia kerana saya sendiri tidak tahu versi apa yang akan dipilih)

KERETA PERISAI BARU UNTUK TENTERA DI LEBANON

1. Pilihanraya kecil Bagan Pinang makin dekat, maka dengan itu macam-macamlah isu dan tuduhan yang dikeluarkan dan ini termasuk penggunaan kereta perisai Condor dan Sibmas yang dikatakan tidak selamat untuk anggota tentera kita yang sedang berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

2. Tuduhan termasuklah kerajaan sengaja membahayakan nyawa anggota tentera kita dengan
membiarkan mereka menggunakan kenderaan yang sudah berusia lebih dari 30 tahun dan tidak sesuai dengan senario ancaman hari ini, apa lagi untuk berhadapan dengan kekuatan kuasa tempur tentera Israel dan gerila-gerila Hamas.

3. Saya jarang menyokong tuduhan pembangkang, tetapi mungkin isu kali ini mempunyai
kebenarannya. Saya seperti biasa menyemak perkara ini berkali-kali dengan menghubungi
kawan-kawan saya yang terlibat secara langsung dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyiasat dan mengulas isu sebenarnya yang berlaku.

4. Sebenarnya dari apa yang dimaklumkan kepada saya, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa melawat tentera kita di Lubnan pada Julai lepasu telah melihat akan masalah ini dan berjanji untuk membeli kereta perisai baru bagi menggantikan Condor serta Sibmas.

5. Pembelian kereta perisai baru ini akan didatangkan dalam Bajet Kecemasan, sama seperti apabila kerajaan membeli sebanyak 111 buah K-200 KIFV kereta perisai runut dari Korea Selatan untuk tentera kita yang berkhidmat di bawah PBB di Bosnia Herzegovina (pembelian K-200 menggunakan bajet kecemasan).

6. Untuk kegunaan tentera Malaysia di Lebanon, saya difahamkan buat masa sekarang dua syarikat antarabangsa sudah pun menghantar tender untuk pembelian 30-35 buah kereta perisai bagi menggantikan Condor dan Sibmas di Lebanon.

7. Syarikat-syarikat itu adalah Styer Daimler-Puch Spezialfahrzeuge (SSF) yang mengeluarkan kereta perisai PANDUR serta kereta perisai di bawah syarikat Denel (Afrika Selatan), kemungkinan jenis ROOIKAT 76 atau 105.

8. Kesemua kereta perisai baru ini bersifat 6X6 atau 8X8.

9. Saya difahamkan, tentera Malaysia di Lebanon ada menggunakan sejenis kenderaan perisai dari jenis NYALA yang dikeluarkan oleh Afrika Selatan dan diberi "pinjam" oleh PBB sendiri dalam jumlah lebih kurang 6 buah tetapi perkara ini tidak dapat disahkan dan apakah status kenderaan itu dalam inventori tentera Malaysia di Lebanon.

10. Jika kesemua maklumat yang disampaikan kepada saya itu benar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertahanan yang baru itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana benar-benar prihatin dan mengambil berat dengan isu-isu kelengkapan tentera kita walaupun beliau masih "bertatih" dalam dunia pertahanan.

11. Kereta-kereta perisai baru dan moden ini diharap dapat membantu tentera kita di Lebanon, kerana walaupun mereka diletakkan dalam zon selamat tetapi konflik boleh tercetus pasa bila-bila masa sedangkan kereta perisai lama tentera seperti Condor belum tentu dapat menahan robekan peluru AK47 Hezbollah (peluru AK-47 ada dikeluarkan bentuk amour piercing), RPG atau senjata-senjata milik tentera Israel dan dari serangan jerangkap samar di sana.

MASALAH CONDOR DAN SIBMAS

12. Untuk memberi pandangan yang lebih adil, di sini saya ingin mengupas mengenai isu kereta perisai Condor dan Sibmas dan saya harap, jika ada pihak yang mahu menggunakan artikel ini, gunakan keseluruhannya termasuk bab 1 hingga 11.

13. Kedua-dua kereta perisai di atas sudah pun berusia lebih dari 30 tahun ketika ATM membeli secara besar-besaran kenderaan ini melalui program PERISTA pada tahun 80an dahulu (Condor sebanyak 460 buah dan Sibmas 184 buah).

14. Sebelum isu kelemahan kereta perisai ini dikeluarkan oleh laman-laman blog pembangkang, saya ada dengar juga masalah Condor dan Sibmas ini.

15. Condor misalnya merupakan sebuah kenderaan yang sukar dikendalikan pada kelajuan tinggi dan mudah terbalik (Ini orang ceritalah, saya sendiri tidak pernah berbual dengan pemandu kenderaan kereta perisai Condor atau Sibmas) tetapi memang ada gambar-gambar kenderaan itu terbalik dalam blog pembangkang.

16. Kelemahan Condor misalnya nyata dan jelas apabila gagal melindungi tentera Malaysia yang
berada di dalam kenderaan itu seperti yang terjadi dalam peristiwa Battle of Mogadishu di mana
seorang perwira kita gugur akibat terkena hentaman peluru RPG dan kenderaan itu seterusnya
terbakar.

17. Saya ada dengar, sebagai tindakan standard, kesemua kenderaan yang rosak dalam serangan itu dimusnahkan dengan letupan oleh tentera kita dalam satu operasi khas pada hari-hari berikutnya. Kesemua diletupkan di "situ".

18. Bagaimanapun, kita janganlah panik dengan kelemahan-kelemahan ini kerana kegunaan kereta perisai seperti Condor dan Sibmas di sana sesuailah dengan tugas pengaman tentera Malaysia.

19. Saya tidak rasa tentera Malaysia akan terlibat secara langsung dengan pertempuran secara
berhadapan dengan tentera Israel atau Hezbollah.

20. Tugas mereka adalah mengawal keamanan dan kereta perisai Condor serta Sibmas amat sesuai dengan tugas-tugas ini iaitu rondaan.

21. Walaupun ATM sudah dilengkapkan dengan kereta-kereta perisai tempur yang lebih baik seperti K200 dan Adnan tetapi sifat mereka yang merupakan kenderaan armor berunut akan merosakkan permukaan jalan raya.

22. Kerajaan Malaysia sudah tentu tidak mahu membayar kos ganti rugi dan baik pulih pada
permukaan jalan milik negara Lebanon jika kereta perisai Adnan dihantar untuk rondaan di sana.

23. Masalah kenderaan Condor dan Sibmas ini bukan sahaja terletak pada rekabentuk armor yang lemah, saya difahamkan enjinnya juga mengalami masalah dan kerana itu, amat-amat tidak berbaloi untuk dinaiktaraf dan lebih baik ATM membeli terus kenderaan baru menggantikan mereka.

24. Saya berharap, pembelian 30-35 buah kenderaan perisai baru bagi menggantikan Condor di
Lebanon akan menjadi langkah permulaan untuk pembelian besar-besaran kenderaan itu di dalam inventori ATM.

Monday, September 28, 2009

KAD HARI RAYA


1. Saya menerima dua kad hari raya elektronik yang sangat unik dan menarik dari Cawedemo. Terkedu den tengok hehehehe....anyway thanks,

Tuesday, September 22, 2009

MISI KE TIMOR LESTE


1. Saya pada 17hb Sept lalu, saya mengikut Komander Pasukan Gerakan Khas Datuk Fuad Abu Zarim (Boss UTK dan SB polis daaaa) dan Timbalan Komander PGA Briged Tengah ACP Azizan terbang ke Dili, Timor Leste dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 jam. Rombongan kami sebenarnya berjumlah 7 orang tetapi 4 pegawai polis dari Bukit Aman terpaksa diturunkan di Senai, Johor kerana tidak mendapat perlepasan Kementerian Dalam Negeri.



2. Kira best jugalah misi kali ini walaupun penat gilaa sebab terbang dengan pesawat kecil yang baru dibeli polis (saya akan buat posting baru memperkenalkan pesawat itu dan ianya tidak pernah dipertontonkan kepada awam sebelum ini). Baru saya tahu bertapa susahnya abang-abang polis kita menyambut Ramadhan dan Hari Raya di rantau orang. 24 jam duduk dalam kem, mereka ini sebenarnya merupakan pasukan polis dari MAL-FPU (Malaysia-Formed Police Unit) yang ditugaskan untuk membuat rondaan di sekitar Dili. Masa bulan puasa ini, kem polis Malaysia sering dikunjungi oleh pasukan polis beragama Islam dari Singapura. Mereka merupakan pengunjung tetap ke kem itu selain dari kakitangan Petronas di sana. Timor Leste amat kaya dengan minyak. Untuk membodek kerajaan Timor Leste, China misalnya membina istana Presiden Timor Leste secara percuma.


3. Paling best saya diajak untuk menyertai rondaan mereka. Gambar diatas saya dalam jip (jenis apa tak tahu), meronda dan memeriksa kawalan polis Malaysia di bangunan-bangunan penting kerajaan Timor Leste. Ketika ini keadaan sudah aman dan tidak ada pertempuran berlaku, namun begitu saya tetap cuak kerana saya seorang sahaja yang tidak diberi sebarang senjata. Mereka ini semua lengkap dengan pistol jenis Styer di pinggang.



4. Sungai apa tah nama dia...tetapi kering kontang. Penduduk sangat miskin rata-rata suka makan khinzir hehehe.


5. Kereta perisai yang dibeli dari Korea Selatan. Ada dalam 4 buah, kalau ada demontrasi, kereta ini akan keluar. Demontrasi memang lumrah penduduk Timor Leste. Rasa-rasa kalau diperhatikan macam ada kamera infra red atas bumbung.



6. Anggota polis Malaysia mendapat kepercayaan tinggi dari kerajaan Timor Leste. Kerajaan itu meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepada polis Malaysia dan polis Portugal bagi menjaga bangunan strategik mereka. Polis di atas mengawal rumah Perdana Menteri Timor Leste...yang bentuknya lebih kurang macam rumah banglo di Malaysia. Anjing Perdana Menteri Timor Leste tidak ada dalam gambar ini, anjing tersebut mengejar saya kerana saya tidak memakai uniform. Anjing itu pun kenal mana satu polis mana satu orang awam berdasarkan uniform berbanding orang awam di Malaysia yang tidak menghormati langsung petugas beruniform kita.

7. Kawad, nyanyian Negaraku dan Sang Saka Biru...terpaksa den nyanyi lagu polis bersama-sama.

8. Seorang anggota tentera Timor Leste. Dari segi kelengkapan individu, saya tengok memang hebat dia orang ini setaraf dengan unit pasukan khas kita. Kekuatan adalah pada sekitar 1,500 orang dan banyak dilatih oleh tentera Portugal serta Australia.


9. Dua anggota polis bersenjatakan MP5 dan pistol Styer di pinggang. Mereka tidak dibekalkan dengan raifel M16 kerana jika terjadi kekacauan, MP5 lebih efektif untuk pertempuran dalam bandar. Penggunaan MP5 menyebabkan polis tempatan dan luar negara menyangka, mereka ini merupakan pasukan polis elit Malaysia.



10. Oleh kerana kekalutan kerja dan rondaan, saya tidak sempat makan nasi briyani di Kem MAL-FPU di Inap Comoro. Selepas join abang-abang polis ini meronda dengan diketuai oleh Chif Inspektor Mohd Yusoff Tahir, saya pekena roti canai 2 keping dan segelas teh tarik di sebuah cafe. Harga makanan sangat mahal kerana mereka menggunakan mata wang dollar. Segelas teh tarik bersamaan Satu Us Dollar.

11. Gambar di atas merukan hotel terkemuka di Dili. Kontena ini sebenarnya kamar tidur dan ia merupakan bekas kem askar yang dijadikan hotel. Tidur saya terganggu ketika ini kerana helikopter Blackhawk tentera Australia sibuk menjalankan penerbangan taktikal iaitu penerbangan helikopter tanpa sebarang cahaya lampu. Memang saya sendiri tidak nampak helikopter tersebut walaupun terbang rendah. Saya percaya juruterbang helikopter dibekalkan dengan alat pandang malam. Pasukan polis kita turut dibekalkan dengan alat pandang malam yang baik, tetapi banyak yang rosak apabila ada anggota yang terbuka penutupnya pada waktu siang..jadi rosak lah.

Thursday, September 10, 2009

MY BLOG, THE MAKING OF AND BEHIND THE SCENE SCENARIO

Tempur keluaran Sept mengulas mengenai kewujudan blog-blog pertahanan. Gambar blog saya turut dimuatkan. Obefeind, sekarang kita dah sama taraf, blog hang dulu kuar kat Utusan, sekarang blog aku keluar kat majalah, hahahaha.

MY BLOG, THE MAKING OF AND BEHIND THE SCENE SCENARIO

1. Pejam celik rupanya sudah setahun saya menjadi blogger pertahanan pada Ogos lepas.

2. Masa mula-mula nak buat, saya tidak bersemangat, lebih kepada ikut-ikut kawan terutama apabila sahabat saya "Sam" membuat blog ondscene.via.my lebih awal dari saya. Saya masa itu terfikir hendak buat blog mengenai misteri, hantu atau UFO.

3. Saya tidak melihat ada pembaca yang minat pertahanan kerana hampir kesemua blog menceritakan perihal politik atau hal peribadi. Sebelum menjadi blogger, saya selalu membaca blog pertahanan Asia di http://asiandeftech.blogspot.com/. atau forum Gempur Wira sebelum mereka memperkenalkan sistem password yang menyebabkan saya terhalang dari memasuki forum tersebut.

4. Cetusan membuat blog sebenarnya diutarakan oleh blogger terkenal, ROCKY (rockybru.com)
ketika saya menghadiri satu kursus anjuran Celcom di JB pada April, 2008. Rocky menjadi
penceramah pada masa itu, beliau mengalakkan saya membuat blog.

5. Saya sebelum ini ada beberapakali bersapa dengan Rocky di salah sebuah kelab (bukan kelab
malam) di Kuala Lumpur, beliau memakai motorsikal superbike Aprillia 1,000cc berbanding saya yang menggunakan superbike jenis kecil (kini tersadai pasal saya lebih banyak pakai kereta...kalau nampak superbike naked dengan semua body di cabut dan tinggal rangka kecuali tangki minyak, berwarna hitam kusam maka itulah saya).

6. Satu hari ketika sedang bersantai di Port Dickson memikirkan poket yang kosong dan tidak berduit, Sam menghubungi saya bahawa blog saya sudah ada pengikut pertama iaitu Hazrey
(http://bapak-gulagula.blogspot.com/) dari Johor Bahru. Blogger yang kena halau dari masjid pasal amik gambar Mawi dan Ekin nikah. Kami kemudian berpeluang lepak bersama di KL ketika beliau ada urusan perniagaan bersama isteri.

7. Sam meminta saya update blog segera kerana sudah ada follower. Malam itu juga, dengan rasuah 10 batang rokok lari cukai ke dalam mulut, saya menyiapkan artikel-artikel saya di tepi pantai Port Dickson terutama analisis mengenai kereta kebal.

8. Kemudian saya menerima emel dari Obefiend (http://obefiend.blogspot.com/) dan bermulalah episod hidup saya sebagai blogger.

9. Episod paling ngeri adalah apabila blog saya kena hack. Bab hack ini saya tidak minat nak cerita.

10.Saya bukan menulis blog untuk suka-suka. Saya menulis untuk memberi INSPIRASI. Jadi saya gunakan bahasa yang mudah dan tidak terlalu serius supaya mudah orang Melayu terutama anak-anak kampung membaca dan memahami message yang hendak saya sampaikan.

11.Housestyle pula yang menggunakan angka pada setiap para sebenarnya membuktikan kekaguman saya dan ditiru dari laman chedet.cc milik pejuang bangsa dan inspirasi saya iaitu Tun Dr Seri Mahathir Mohamad.

12.Untuk menulis isu pertahanan bukan mudah.Kawan-kawan saya banyak membantu terutama yang menjadi MIO dan broker senjata serta aktivis politik dari Umno dan PKR (Saya tidak pasti kalau ada kawan saya yang ahli PAS). Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hafiz, Ustaz Adam, Fairuz Library, Komander Husni, Sam, Salleh, Rozimal Malakan serta beberapa orang lagi.

14.Bab kerahsiaan, saya dikritik hebat kerana dikatakan mendedahkan rahsia kerajaan. Sebenarnya saya tahu yang mana rahsia besar, sederhana atau rahsia kecil dan mana tidak. Saya tidak mendedahkan sebarang peta, frekuensi radio atau apa-apa sahaja dokumen sulit yang di stamp dengan perkataan "SULIT" atau "RAHSIA". Saya sudah diberi pendedahan mengenai ISA dan OSA sejak dari lama dahulu.

15.Ada artikel saya yang tidak berpihak kepada kerajaan atau Kementerian Pertahanan Malaysia. Secara keseluruhan, banyak artikel saya yang mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menyokong hasrat serta kehendak kerajaan.

16.Isu yang diutarakan kadang-kadang memerlukan saya membuat temuramah dengan pakar-pakar yang berkaitan tetapi nama-nama mereka tidak dapat disebutkan atas sebab-sebab perundangan. Saya bertemu dengan mereka yang terdiri dari kenalan saya bukanlah semata-mata untuk blog tetapi lebih kepada minat dan bertanya khabar (sambil menyelam sambil minum air), mereka sendiri tidak tahu saya mempunyai blog.

17.Memang blog saya bukan blog pertahanan yang profesional. Kalau nak profesional, bacalah Asia Defence Journal atau Janes Defence malah banyak blog dan forum pertahanan yang lebih baik diluar sana. Anggap sahaja blog saya yang kerdil ini sebagai bacaan alternatif atau hiburan ringan.

18.Saya juga berterima kasih kepada pembaca yang rajin meninggalkan komen dan emel. Setiap komen anda saya baca sebenarnya dan setiap emel saya balas, terima kasih juga kepada pengemel saya yang banyak memberikan bantuan dari bentuk gambar dan juga informasi.

19.Saya masih bertatih dalam dunia penulisan blog dan ada kalanya tercetus perbezaan pendapat, politik dan kata-kata bersifat rasis. Mengenali pembaca ini, telah mematangkan saya dan saya berasa rendah diri apabila blog saya dibaca dan dirujuk oleh peminat pertahanan dari Argentina, Israel, Thailand, Indonesia, Singapura sehinggalah kepada kawan-kawan dari kalangan kaum Cina walaupun saya menulis dalam bahasa Melayu. Pelik memang pelik.

20.Ada yang bersusah payah menggunakan Google Translator untuk mengalih bahasa dalam blog saya ke bahasa ibunda mereka. Sekarang baru saya tahu kegunaan Google Translator, kepada pembaca lain, anda boleh membuat eksperimen sendiri dengan Google Translator untuk mengalih bahasa artikel luar negara atau dalam bahasa asing yang kita tidak faham.

20.Kesahihan fakta. Saya sebenarnya amat mengalakkan pembaca memeriksa fakta saya dua kali sebelum menerimanya bulat-bulat. Saya sendiri membuat pemeriksaan berkali-kali apabila membaca blog lain. Sebenarnya tidak ada sumber bacaan yang lebih baik dari majalah atau akhbar yang lebih kredibel kerana penulis mereka tertakluk kepada akta, etika dan undang-undang.

21.Kalau internet menawarkan bacaan yang lebih sahih dari media tempatan. Ini bukan satu pendapat yang tepat, semua orang boleh menjadi penganalisis tetapi bersediakah mereka mempertahankan pendapat mereka jika tindakan diambil?

22.Akhir sekali, selamat berpuasa. Maaflah kerana melalot hari ini, rasa tidak sedap hati pulak kerana saya telah ditugaskan untuk ke perbatasan bersama-sama dengan pasukan tentera dan polis kita di Timor Leste pada Ahad ini.

23.Bila tiba bulan puasa ini, saya sebenarnya lebih suka duduk di rumah atau opis tapi pihak polis dari Bukit Aman mahukan seseorang yang brutal, jadi saya telah dihubungi hari ini dan akan bergerak bersama mereka selama 3 hari. Nasib baik salah seorang pegawai polis yang terlibat dalam misi ini merupakan kenalan lama, nasib baikkkk..kalau tidak boringlah tidak ada member melawak.

24.Ini mesti kerja ngeri pasal tu bos hantar aku ke Timor Leste ni. Aduuu...risau risau. mesti naik kapal terbang buruk dan tidak ada pramugari cantik.

Friday, September 4, 2009

KD TUNKU ABDUL RAHMAN SELAMAT TIBA


Saya bertolak dari Damansara pada pukul 6 pagi. Memang penuh orang yang terdiri dari para pegawai tentera tempatan dan luar negara pada pagi itu sehingga kereta terpaksa diletakkan di luar Pusat Hidrografi Negara milik TLDM.

Saat yang mendebarkan. KD Tunku Abdul Rahman ditarik dengan dua buah bot tunda merapati jeti. Ketika ini, helikopter Super Lynx berlegar di atas, dua buah bot RIB Paskal lengkap dengan
komando bersenjata memerhati dari jauh.


Mula rapat. Tidak jauh dari jeti, sebuah kapal perang milik Peranchis sedang berlabuh. Saya pasti ia bukan milik TLDM kerana terdapat sistem senjata CIWS Phalanx (TLDM tidak pakai sistem ini dan kalau ada pun hanya satu sahaja yang dipasang pada KD Seri Inderapura)

Krew berdiri di hadapan KD Tunku Abdul Rahman yang juga mengandungi panel bukaan untuk
memasukkan torpedo ke dalam perut kapal selam


Rasa megah


Macam babak dalam filem Das Boot terbitan Jerman

Perhatikan conning tower atau sail KD Tunku Abdul Rahman mengandungi pemancar komunikasi (radio), tiang tengah adalah periskop dan dua tiang terakhir adalah untuk peperangan elektronik


Saya tidak tahu apa benda yang terbonjol keluar ini (sonar kott)


Pintu utama atau main hatch kapal, krew KD Tunku Abdul Rahman mula keluar


Saat yang mengujakan


Yang paling membanggakan, krew kapal selam KD Tunku Abdul Rahman terdiri dari rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Perhatikan pakaian kerja mereka yang menyerupai krew kapal selam Peranchis. Pemakaian pangkat juga diletakkan di dada. Kalau tidak silap saya, pemakaian pangkat di dada ini memang sesuai untuk tentera darat supaya sukar mereka di "mark" oleh
penembak curi. Yelah, penembak curi biasanya memang mencari pegawai untuk ditembak.


Krew KD Tunku Abdul Rahman berbangsa Tiounghua atau Cina bersama keluarganya.



Tingkap dan ruang lampu panduan atau signal pada conning tower




Saya tidak pasti apa bendanya ini, saya rasa ini merupakan emergency communication buoy. Kalau dalam dasar laut, buoy ini akan dilepaskan dan akan terampung pada permukaan laut. Satu kabel akan bersambung dengan kapal selam untuk tujuan menerima dan menghantar maklumat radio.


Sirip junam pada conning tower dan pintu. Bilik kawalan kapalselam terletak betul-betul di bawah conning tower ini

Gambar dalam perut kapal selam tidak ada kerana saya balik awal pasal panas sangat, lagi pun saya pernah masuk ke dalam perut kapal selam jenis Agosta (Peranchis) serta Whiskey (Russia), jadi saya tahu bertapa sempit dan boringnya berada dalam perut kapal selam. No wonderlah, depa ni diberi elaun khas.

(Semua gambar diambil dengan kamera handphone pasal itu kualiti tidak cantik. Menyesal, saat-saat bersejarah seperti ini saya tertinggal kamera di Seremban)

KOMEN PENGANALISIS PERTAHANAN MENGENAI SERVIS KAPAL SELAM

1. Sebaik sahaja mendapat maklumat bahawa kapal selam pertama Malaysia, KD Tuanku Abdul Rahman akan tiba di Pusat Hidrografi Negara, Pelabuhan Kelang, saya terus menghubungi kenalan saya yang merupakan seorang penganalisa pertahanan antarabangsa Marhalim Abas yang kini bertugas di Asia Defence Journal.

2. Saya sengaja menghubunginya untuk mengetahui pendapat beliau mengenai servis kapal selam Scorpene disamping membolehkan pembaca blog mendapat pandangan orang ketiga selain dari analisa-analisa yang dibuat oleh saya sendiri.

3. Menurut Marhalim, jumlah perkhidmatan Scorpene yang dimasukkan kedalam servis Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) sebanyak 2 buah adalah sangat sedikit dan tidak mencukupi.

4. Negara perairan yang luas seperti Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 10 buah kapal selam malahan Singapura yang mempunyai kawasan perairan yang sangat kecil mempunyai 4 buah kapal selam terpakai jenis Sjoormen.

5. Dalam pada dua itu, ada kemungkinan dalam satu masa, hanya sebuah sahaja Scorpene yang akan keluar meronda kerana salah satu mungkin terpaksa berada di limbungan untuk baik pulih.

6. Ketiadaan sistem AIP (Air Independent Propulsion) juga bukan satu kekurangan kerana untuk mengecaj bateri, Scorpene Malaysia boleh menggunakan kawasan perairan yang luas di Laut China Selatan. Dalam bahasa mudah, selamat dari dikesan musuh.

7. Jika keadaan kewangan mengizinkan, sistem AIP boleh dipasang pada bila-bila masa sahaja pada badan Scorpene milik TLDM.

8. Ketiadaan sistem AIP pada Scorpene Malaysia berlaku kerana semasa pembelian ini dibuat dahulu, kemampuan AIP pada masa itu belum lagi matang.

9. Beliau juga menafikan bahawa kemasukkan Scorpene ke dalam servis TLDM menjadi penyebab utama tercetusnya perlumbaan senjata dalam konteks kapal selam di rantau ini.

10.Indonesia sejak 1960an sudah pun mempunyai kapal selam, pada tahun 1980an, Indonesia mempunyai kapal selam dari Jerman dan sekarang sedang mengintai peluang untuk mendapatkan kapal selam dari Korea Selatan atau Russia.

11.Vietnam sendiri sudah ada kapal selam dari kelas Yugo dan akan membeli enam kapal selam Kilo.

12.Singapura sudah memiliki 4 Sjoormen, jadi sebenarnya, Malaysia hanya mengikuti trend semasa, katanya.

13.Katanya, dengan ada pemilikan kapal selam oleh Malaysia, TLDM kini mampu mempelajari teknik yang lebih berkesan dalam konteks peperangan di bawah air.